Monday, September 6, 2010

GADIS: anda perlu tahu bahawa...

Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal lelaki supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?


Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.


Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.


Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.


Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih bayak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.


Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.


Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.


Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.


Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.


Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.


Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
*ikut kesesuaian. keinginan seks biarlah HALAL (suami isteri)


Tunjuk minat tulin terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.


Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.


Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.


Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.


Dunia Kita Berbeza
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:


Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


Bahasa lelaki adalah berlaianan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.


Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk meyembunyikan dan membisu.


Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.


Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahka sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.


Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk memalakukannya lelaki memerlu kan kekuatan dan keberanian yang maxima.


Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.


Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.


Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disamapaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.


Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"


Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.


Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.


Lelaki suka menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuanya itu secara tak langsung dengan menyelerak.


Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.


Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa
Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembahongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wnita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.


Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

  • Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
  • Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
  • Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
  • Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
  • Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
  • Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
  • Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
  • Cemburu.Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak. 
  • Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.


Menilai Dirinya Melalui Pergerakan
Tidak sukar untuk megenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila ia sedang berbual dengan wanita.


  1. Mengganggukkan kepala Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.
  2. Mendekatkan badan Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.
  3. Merenung Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
  4. Menggerakkan tangan dan badan Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.
  5. Suka berdiri Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.
  6. Memandang mata Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.
  7. Sensitif pada jarak Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.
  8. Meniru gerak Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.



Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki
Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

  • Personaliti seorang wnita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.

  • Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.

  • Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.

  • Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.

  • Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.

Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

Wednesday, August 18, 2010

G&H Faces Search

G&H Faces Search

Thursday, May 27, 2010

1 utk hari ini. 1 utk masa depan.

assalamualaikum.
chobie. lamak dah ku sik rajin post blog eh. betapa aku busy. hmm. sikpa, masing2 ada hikmah untuk meneruskan hidup yang sik berapa senang tok... well. taun 2010 tok, macam macam jak jadi ngn aku. aku cerita sigek2 keh apa yang jadi.. ktkorg ku expect nang cop cta aku kedak cta2 kisah benar dalam tv3 zaman marek. just aku beruntung merasa secara live. simpan jak k kenang kitakorg maca nya. tpulang la nak terimak sebagai talian hayat ktkorg klak2 ka.. sebagai info terkini hiburan semasa ka.. or k point ktkorg judge aku ka.. aku sik kisah. mun life aku gya, aku yang rasa. untung ktkorg pandey maca. pat expand ilmu ktkorg di dunia tok dari apa ktkorg tgga. mun sik sukor derma jak ngan orang sikda nikmat mata ya. terpulang juak ngan ktkorg mpun sedalam ney, secetek ney pemikiran kitak org nak paham apa maksud aku. limitation orang adalah hak masing2. sbb aku tauk timbal tara pahala dosa di dunia ya adalah perhitungan antara ktkorng ngn tuhan kitakorg bah. mun aku as a muslim, aku berpegang ngan Allah lah. saja jak ngingat kita sesama manusia. setiap perlakuan ya dihitung bah.


apa? okey. aku sik penah nak cta hal2 yang sik berapa nyenang ati dalam blog tok ekceli. but then aku rasa ya path idup aku juak. ujong mpun ktkorg maybe rasa kedak apa ku rasa. almaklom, kita manusia sama jak. setara. cukup sifat dianugerahkan pancaindera and akal k beridup di duniawi tok. meby beza dari segi persekitaran, Qada' & Qadar juak. aku cayak sbb ya prinsip rukun iman nak? aku suka juak nak ngingat p boh salah paham. mun ko asa ku poyo nasib lah k. ko sik poyo siboh lah. sik ku lalek.. ok ready keh.

Disember 2009.
cerita2 kedai kopi aku sebagai hint awal nasib sik berapa nak senang bila kejadian di Sogo masih flashy rah mind aku. kedak buah baruk masak. nyaman ouh? sbb ya k ingat sampey bila pun aku siktauk.  ok. fyi, masa tok aku baruk nak stat life sebagai seorang student lanjutan. ya pun berani venture jak ku volunteer untuk meningkat taraf ekonomi nasional dalam sektor pendidikan negara. insyaAllah dapat ku jadi insan berguna kelak2.. masa ya aku gago nak register study aku ya. so untuk peringkat awal nang agak susah nak ditempoh. almaklom. duit is everything. nak nimba ilmu sikpat nak leng2 jak nak? plu bayar gaji pensyarah nok guide kta as student lanjutan yang sah2 bukan kedak skolah zaman beringus ijho pekat, kita disuap sengan2 kta kenyang oleh dak cikgu. besar pahala sidak... plu juak bayar kos idup kta jaoh dari zon selesa bersama keluarga tercinta.. plu juak duit k nyenang ati bila time rasa sayang hey.. pokoknya nang duit ada potensi ngawal idup kta di dunia. ingat keyword ya. DUNIA. so, aku pelu duit nak beridup di tempat orang. k sapa2 nok sitauk? aku anak bongsu, laki tunggal gik ya. bahawasanya, walaupun aku bongsu, aku sedar dirik aku anak laki uguk2 gak sorang. so mun ktkorg semuslim ngan aku, ktkorg mesti paham segahnya aku berdiri atas kaki dikpun sekalipun, tanggungjawab aku masa gik bujang tok nang sah la besar gilak2. lom gik nak compare tanggungjawab bila jadi laki org.. bapak orang?? aku sedar. semua ya mun ikot perkiraan semua depends dengan kemampuan juak. yes. aku awal ngakuk aku sik berapa nak mampu. so usaha aku peluu lebih sbnarnya mok adapt ngan stage idup yang makin lamak, makin upgrade lah tanggungjawab yang dibanggakan kaum adam di syurga kelak. oleh sbb gya, aku mesti coba push limit ku mpun k aku duduk sama rendah, berdiri sama tinggi ngan orang lain yang ada contribute melakar idup ku yang sik berapa raged kedak Donald Trump, Sheikh Muzaffar, mau pun watak2 kedak muazzam dalam cta Ketika Cinta Bertasbih kaa or watak Adam dalam cta Adamaya/I'm NOT single yang digila oleh semua gadis ya.. 

aku syukur gilakk. alhamduLillah, aku gik masih ada family yang berfikiran terbuka. selalu nyokong apa aku pilih dalam idup walaupun semua orang tauk setiap peluang idup ada risikonya. kekecewaan adalah selalu memberi impak. na sik? mun ktkorg rasa biasaaaa jak meby pandangan sudut idup ktkorg berbeza? lebih ebat kali. ok aku tumpang bangga. so please hormat aku pun appreciation ya. kenak? dalam aku senak2.. cirit2 ngikat perut.. family aku sapot. biasalah nak? tapi aku sedar ada juak golongan manusia di dunia sik berapa bernasib kedak ya.. ada juak ku nenga kes kenak buang sik kenak terimak mak bapak la.. apa la.. ya aku assume ktkorg paham la plateform aku nektok. so pendek kata, dah family sapot, aku sayang family aku. simok ngecewa golongan tersayang yang memberi harapan tinggi ngan aku utk teruskan idup yang aku pilih dengan venture skali ya. ok. isu duit tek. aku nak nyambong masa ya, aku register kursus ak pelu duit. as a fresh graduate degree student berhutang PTPTN.. ko asa cney ku nak beroleh duit k bayar yuran ya? ok fine. as an alternative, aku keja jadi RA.. kumpol duit.. p ko asa duit ya dapat kah ko nyimpan dalam ko beridup di metropolitan yang serba ber-ongkos? MAYBE mun aku robot. tapi aku perlu makan n kasih sayang juak k beridup. tambah tolak duit ya kadang2 sot juak,, nak? so pendek cerita tetap juak aku sengkek... masa ya mun org nanyak apa plah ku ka.. berat juak ku padah ku keja RA p pokai juak. abu2 juak.. bila nak nyenang orang k duit aku mpunnnn pun aku sik sure time ya. biol mikey perkiraan ongkos serta pilihan idup yang dipandang kiut oleh sebilangan pihak yang rasional. p aku gunakan peluang yang kerajaan sedia k golongan aku. aku apply la biasiswa KPT.. deal nya, cdak just cover yuran k ku blaja jak, sukor ada org mok cover.. mun sik, sik la pian ku nak nyambong.. ku tauk sakit nyambong p sik berapa nak mampu.. sbb KPT  ya la k motivate ku mpun k nerus idup ku nektok. ok, fine. yuran da setel. cney ku nak diam? ok. umah sewa! betol. almaklom tek.. independent nak??? so ada duit kah bayar sewa? hmmmmmmmmmmmmm. ya lah tek. nak keja? hah! nak nambah alignment ku study ya lari jak.. so, ada gik peluang k soh hak asasi aku sebagai manusia ya cukup. aku apply GRF. apa ya? rah tempat ku blaja GRF ya define as Graduate Research Fund. sidak berik duit k ku run project research aku lah. so, ko nak plah research ya ko mesti lah mok beridup nak? sik mungkin orang2 koma, sakit lemah buntut pat ke ulu ke ilir plah research nak? so yalah ala2 periuk nasik ku nektok. nang arap duit ya k ku nerus idup. sapa padah idup senang? lain la mun ktkorg ya anak menteri ka, anak pejuang MLM berjaya ka apa.. ya pun mun mak bapak ktkorg leng2 jak berik duit k bejunya bejoli sia sinek.. aoklah. banyak gilak. melampaui keperluan tek nak.. mun mena gya, aku tumpang bangga. cta aku lom abis tok. so periuk nasik ku dah setel.. boleh la juak bernafas kedak baby bok lahir.. mujor joros.. tapi apa cta sik berapa nak senang tek? okey. 

ku da padah hal Sogo awal tek nak.. hm. yalah kes pertama aku terserlah seorang yang innocent dalam abad aku beridup. ok aku patut ngakuk juak aku tok ada la sifat cuai menular yang susah kit nak adjust kali.. lom masa.. jadi ada jak barang ku merayan. etok cta enpon. dalam blan 11 gya pas ku jadi RA aku balit la Kch nyedut nafas rah tanah air.. kedong lamak dah ku transform rah dunia lepeh merayap mintak puji.. lamak la juak ku balit.. dekat nak sebulan la juak.. masa aku nak k tanah melayu balit ya.. kuatan ku kamboh tek.. biasalah sok flight pagi butak ya lah nak ber packing barang, meli barang kirim org dsb.. sifat cuai ku ya terserlah la tek.. aku ttggal la enset ku rah umah.. ceh. penting gilak ka. ya ndak? ada jak enset sigek ya ekceli. tapi mistake no ku rah enpon lupak ya perlu k ku meli reload ka, meli tiket flight ka apa k as long as k aku pun online banking berurusan.. TAC reference semua rah no ya. so aku pelu. sbg pluang aku pat balit tanpa membeli tiket kapal yang terbang, aku mintak la kirum ngan abg ipar ku tek... kedong nya g KL berkursus.. deal la mek 2 btemu d Sogo masa ya.. aku standby la mbak baju n yang plu k ku bmalam ngnnya rah otel in case aku aher nak balit atas faktor keselamatan.. yalah. beringat sebelom kenak.. sik mintak lah nak? haaaaa... dlam aku nggu abg ipar ku ya tek eh.. ku sorang jak, btepon la ngan famly ku.. bkaseh sayang.. k ilang boring.. termasuk lah mak aku. time ya aku padah la ngan mak ku duit nya berik rm1000 k bayar yuran sik ngerujik pun sbb biasiswa KPT lulus.. masa  register sik plu pun kuar duit. haa aku ingat nak berik balit lah duit yaaa... just mintak sikit k bayar sewa umah la.. so ada la dalam rm800 ku nak bayar balit.. apatah agik masa ya cash ya gik wangi mengharum lam dompet aku.. so ala2 bank bergerak al aku masa ya,, pas aku kaka2 ngn mak ku tek.. tang ada pak indon datang visit aku.. nanyak jam pkol bpa.. time ya adala dalam pkol 8.05pm gya.. dah ku padah pun agik nya bcangkong sia. asa nak lari aku p nya mintak favor aku gik,, nolong nya nebus duit 4D nya beli pat 2nd Prize.. tunjok nya tiket ya. nang mena pat 2nd prize. agak tpinga2 juak la aku, bok suah.. hmmm. aku tolak la mantak2.. seyes aku siktauk nakpa dama ditolong aku. p mukanya sian.. dah al bebau teddah bpa lamak ndak ka sik mandik. meby pat duit ya ada juak k meli sabun k mandik pikey ku lam ati time ya.. ada la rasa nak nolong dalam ati.. 2 3 2 3 juak asa ku.. p +ve side ku kuat gik, walaupun masa ya aku gago gik nggu abg.. sikpa, sik lamak kali pikir ku bah. dalam aku nolak2 tek ada la sorg si polan tiba2 lalu ditunggah mat indon ya.. tang kamboh jak upa nya.. nenga cta mat indon ya alu begagan nak nolong. haih. baguslah. so ku tlepas la tok.. tapi slek si polan ya bjaya mlembut ati aku nolong skali mat indon ya.. adohh dengan perasaan sikpa tolong jak kejap,, aku di embak la nya duak nait taxi ke tempat 4D malam2 ya.. huhhu betapa innocent nya aku sik terpikir langsung apa jak pacak kedei ya bukak time ya dah malam la juak,, gigih na juak.. dalam aku ngekot ya ada juak maca penindin.. sikit2 jak kali ney ndak sikpat clue aku sik patut ekot.. 

da sampey sia.. tgga kedey ya tutup tek aku tek kira da rasa lepasssss dalam ati. pat ku balit sogo agik... dah ya cdak mbak ondeng gik rah kedei makan. ya upa mat indon ya plah muka kesian.. kenak la aku cair gilak ngan muka kesian kah? aok denga juak cta kedai kopi mat indon ya... si polan apa gik, ngjek aku.. soh ku konpiden jak nak nolong. tedah. dah aku mpun student plu duit camney la ku nak nolong?? ada juak lam pikiran ku duit lam wallet yaa.. p sah2 sik cukup. almaklom, mat indon ya cta plu duit dolok, sok bkak kedei 4d ya nya bayar balit duit tek.. berat sa ati ku tuhan jak tauk.. malam ya juak nya plu duit.. kenak aku sik lari ajak khaa.. time ya abg da msg padah da sampey.. huhhu.. iso jak aku.. ilek2 ajak ku padah ngan abg aku nak g berak.. tedah abg kenak bulak. yalah dah nama indon ada jak ilmu dibacanya ngan aku. puas tangan aku ditarit nya.. wAllahu'alam la.. lamak juak nya duak ya ngejek aku soh nguar duit lah apa lah, cash aku brapa la.. niat ku nak nolong tek dah kupadah ku pat nolong rm100 jak,,, wah. banyak la juak, though nya plu rm4000 malam ya. damn na juak k kenang eh. dah ku berik rm100, plah giknya muka kesian.. siap soh ku bkak wallet gik aku ada brapa lam wallet?? ak pun siktauk la pahal aku slamber dek juak nunjok like nya tauk2 jak aku ada duit gik.. pujuk2 nya aku macam2 aku berik sikit2 sampey abis rm800 ku ulur ngannya. begegar2 juak tangan ku berik duit ngannyaaaa... sedih ku ngenang cta tok.. dahla duit mak berik... last2 sampey ke tangan mat indon bbau bmuka kesian.. huhhu lemahnya iman aku masa ya kenak asut setan.. aok, al maklom,, nya padah mok bayar balit bah sok pagi time ya.. siap brik aku tiket 4D ya k tebusan. sik cukup duit mok gik ku berik enset ku k confirm aku datang sok ari. coi la ku nak berik enset ya.. sney ndak tuju ku pasya nak bcontact ngan sapa? apa jadi ndak pasya. bab enset ya aku mati2 simok berik. dah caranya maksa giney2 pun. si polan ya apa gik,, dah ku balit tek bo ku expect si polan ya konco juak, entah2 bos mat indon ya ngepaw mangsa kdak aku. terer nya mastermind time ya. slek na aku ehhh.. dah fed up mujok aku pun enset and aku padah aju kit, aku nak cepat bok nya melepas aku,, so nya duak mbak la dirik masing2 ke cney2 jak,,

dah ya nak, aku pandey ilang arah juak masa nak balit,, nak ke sogo pun sik sure jeraya,, rasa dekat alu jak tadik.. macam2 jak dipikir ku.. sigek2 jak flashback kejadian tadik rah palak ku.. ada juak hint aku asa tertipu.. p aku tetap maksa ati ku nya sik nipu.. nya mena2 mintak tolong.. dalam aku sik tenang jiwa, kepak ku nenang dirik ku dengan niat ku yang betol.. nolong orang bah,, last2 k taxi juak aku ke sogo.. sampey2 sogo nemu la abg sia.. da dapat la enset dikirim ku ya tek.. neman abg beli barang, makan etc.. at 1st aku asa malas juak nak ngaco abg tido di otel malam ya nak... p ku ngenang deal mat indon ya tek aku decide tido jak ngn abg. malam ya still flashback bnda yang sama,, ngenang duit mak, ngenang masalah indon, and hint bahawasanya si polan sebenarnya mastermind ngan mat indon ya.. and ada juak tkenang camney la mat indon ya pat tauk aku ada gk cash sedangkan aku sik berik smua duit.. semua ya main di palak ku malam ya.. sik berani nak cyta ngan abg. mun ku cta pun? nambah masalah gik kelak, jadi besar sik patut sbb hal aku mpun juak yang maok tek. abg datang sia bkan saja2,. nya ada kursus bah. nambah iso nya lak alu sik tenang nya bkursus. so aku simpan sorg2 cta malam ya... sblm tido pun aku kuat mikir +ve nya aku nolong nya.. nya mena2 mintak tolong.. and yet aku asa tenang instead sikda syak yang aku tertipu walhal dalam setiap kejadian pun, aku pikir mun mena cta indon ya, baguslah. mun nya bulak aku skalipun?? aku terimak juak lah. gney nak molah gik. situasi aku malam ya pun sikda hint pun. nya just happen. aku terimak kelemahan aku mun nya mena nipu aku. kenak aku ada pikir nya nipu? hint pertama: onedrop perfume aku lam beg ilang. plus: handsfree nokia aku skali nya cekup. what daa?? patut la nya begagan mok gilak ku berik ensettt.. sikpa, aku mbak tido juak malam ya. nyaman tido. meby kepak gilak kali.

bangun2 ku pagi ya, abg n kawannya dah ready dah. aku aher kit bangun. bak idea si polan,, mekorg btemu d sogo gik pkol 10 gya., pagi ya awal dah leave hotel.. kemas2 ku turun skali ngan abg dalam pkol 8 gya.. dah bsalam ngan abg pa smua, aku ilek2 la.. mbak bfast.. mbak pikir gik balit sal marek,, sampey aku bank-in semua saki baki cash dalam dompet ku.. duit berik dak umah and abg aku bank in smua.. in case nemu mat indon ya agik lak sure aku sikda cash gik.. p masa ya instinct aku dah pilih jalan yang salah marek nang kuat dah. p aku kuatkan ati nggu cdak di sogo.. pkol 9.45am aku da nggu.. ku baca paper k muang masa nggu... lamak da pkol 10... sik juak nampak lubang idong. sikpa tggu lok da pkol 10.15 sik juak ada.. tggu tggu and tggu da dekat pkol 11 dah. oh.. timee tok aku da stat asa nabessss gilak. da stst kenang duit mak.. mun mak tauk duit ya ilang gya ajak nang pat ke mejin aronya.. oh adohhhh2..

dengan perasaan hampa hanya tuhan jak tauk,, aku melangkah balit ke UPM macam2 pikir ku.. bnda yang samaaa jak main rah palak utak. tiket 4D ya ada juak ku asa nak tebus. p sik suah, aku hanya mampu pegang, usap2 gya jak lah sampey ke KTM Serdang. lepas kejadian ya, aku asa kosong.. asa stupid,, sikda kekuatan mok cta ngan family ku. ttkan la juak. mok nak gila kali. lom stat gik Master ku dah ada petanda buruk macam tok? apa kaaa?

aku still pelu cta ngan orang. so yang paling dekat ngan aku masa ya adalah housemates aku. cta la ngan sorang, sorang ikut kesesuaian masa and ketika. paling awal tauk sal tok ex ku.. then Andy. and semua lah. aku dah plan dah, aku nak bayar balit duit ya ngan mak masa dapat duit claim ku keja ngan Dr azani dolok.. nok atas angin sampey berembun duit ya.. entah2 dah bkulat lamak gilak nak kuar.. one day, malam dalam 2 minggu selepas kejadian ya, mak ku call.. selalu lah juak nya call nanyak kabar anak bujang nya ctok.. hehhe p nak, tuhan jak tauk betapa aku nak jawab call ya without talking about those craps happened to me. apa bleh buat, dah tuhan nak nunjok. mak ku call nang nak nyk sal duit ya, nya nak makey masa ya. asa nak tgugok jantong ku.. aku padah juak hal sbnar. p bila mak ku nenga mukadimah ku ajak dah emo.. ya ku sakit.. perasaan down masa ya sikpat ku nak bayang gik.

masa ya aku nang akan balit ke Kch dalam ujong blan 1 sbb kak miza n abg loboy plah house warming and doa selmat Hana kat umah baruu.. masa ya aku dah ready nak cta kedai kopi aku ngan family ku. nak bsemuka ngan mak asa jalan tar ready k penyek tayar keta.. fuh. dahsyat?

p yalah, dah nama nak jadi nak? bapak ku juak paham.. sik suah bnda gtok jadi ngan aku. . . this stuff does make myself learned on something bad happens too. sekali nya mok, pow kaw kaw punyaa.. mak da cool p aku ttp mok bayar balit. cuz duit ya k bnda bait, k ku blaja pun. p at e end, pg rah mat indon tah tah k nya apa jak duit ya. wallahualam lah. next post is something cuter. tgga la bila ku muntah balit cta kedai kopi yang sik abis2 tok keh..

Thursday, April 29, 2010

JANGAN UNGKIT KEBAIKAN KITA KEPADA ORANG LAIN

ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita.
Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak  halangan dalam berhubung sesama manusia.

Mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya. Pesannya: "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.
1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat. Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan. Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api."

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain. Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.
Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Wallahualam.

Tuesday, April 20, 2010

20 keistimewaan wanita..

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa  menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.

AKU, KAU BERBEZA... AKU, KAU ISTIMEWA...

*    *    *

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

 *    *    *


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. 

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. 

BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


*    *    *

WANITA 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

*    *    *


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


*    *    *


MasyaAllah... sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


*Thanks Nik Saiful for sharing.

Friday, April 16, 2010

Boston was too far for me... i guess



In the light of the sun
Is there anyone? Oh, it has begun
Oh dear, you look so lost
Your eyes are red, the tears are shed
This world you must have crossed, you said

You don't know me
And you don't even care, oh yeah
And you said, you don't know me
And you don't wear my chains, oh yeah

Essential yet appealed
You carry all your thoughts across an open field
Where flowers gaze at you
They're not the only ones who cry when they see you

You said you don't know me
And you don't even care, oh yeah
Well you said you don't know me
And you don't wear my chains, oh yeah

She said I think I'll go to Boston
I think I'll start a new life
I think I'll start it over
Where no one knows my name

I'll get out of California
I'm tired of the weather
I think I'll get a lover
And fly 'em out to Spain

Oh yeah and I think I'll go to Boston
I think that I was tired
I think I need a new town
To leave this all behind

I think I need a sunrise
I'm tired of Sunset
I hear it's nice in the summer
Some snow would be nice, oh yeah

You don't know me
And you don't even care, oh yeah

Boston, where no one knows my name
Where no one knows my name
Where no one knows my name, yeah

Boston, where no one knows my name